Bagaimana daftar sebagai ejen?
Isi borang, sahkan emel, dan akaun terus aktif.
- Buka coalisting.com/request_access.
- Isi nama penuh, emel dan nombor telefon anda.
- Pilih jenis lesen (REN, PEA, E, PV atau RV) dan masukkan nombor pendaftaran. Taip nombor sahaja - sistem akan formatkan sendiri. Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent) pilih E, sama seperti nombor anda ditulis (contoh: E 3252).
- Mula menaip nama firma anda dan pilih dari senarai - nombor lesen agensi terisi sendiri. Kalau firma anda tiada dalam senarai, tekan 'Firma saya tiada dalam senarai' dan masukkan nombor lesennya. Kemudian pilih username serta kata laluan.
- Hantar borang. Kami emel anda satu pautan pengesahan.
- Tekan pautan tu dalam 48 jam - akaun anda terus aktif dan boleh log masuk.
Lebih cepat: tekan Teruskan dengan Google. Nama dan emel terisi sendiri, dan oleh sebab Google sudah sahkan emel itu, tiada pautan pengesahan untuk ditunggu — akaun terus aktif selepas anda lengkapkan butiran lain (lesen, firma, telefon, gambar). Kod referral rakan yang menjemput anda tetap dikira.
Satu orang, satu akaun. Nombor REN/PEA, emel, nombor telefon dan username - keempat-empatnya hanya boleh didaftar sekali. Kalau mana-mana sudah ada dalam sistem, borang akan beritahu anda dan anda boleh guna "Lupa kata laluan" untuk masuk semula.
Dikemas kini: 8 Nov 2026