Timeline Case: dari booking ke tandatangan
Jejak apa yang berlaku pada listing yang dah dibooking.
Sebuah listing boleh duduk sebagai "Booked" berminggu-minggu, dan yang masih bergerak nampak serupa dengan yang dah lama mati. Timeline Case merekod setiap langkah antara booking dan tandatangan, jadi anda nampak deal mana yang perlu dikejar.
- Buka Timeline Case dari menu, di bawah Jom Viewing. Setiap listing yang berstatus Booked muncul sendiri.
- Tekan kad untuk buka butirannya, kemudian tanda setiap peringkat bila ia selesai.
- Jawab "Siapa yang jual listing ni?" sekali - jawapannya menentukan sama ada ada komisen untuk anda.
Untuk jualan ada enam peringkat: buyer booking, dokumen diterima, market value disemak, loan dihantar, loan lulus, dan SPA ditandatangani. Tandatangan SPA itulah garisan penamat - di situ komisen boleh diclaim, bukan masa serah kunci. Serah kunci direkod selepas itu.
Sewa ada tab sendiri dengan empat peringkat: penyewa booking, dokumen diterima, perjanjian sewa ditandatangani, dan setem LHDN. Setem itu yang melengkapkan penyewaan.
Masa tanda "Loan dihantar", sistem tanya ia dihantar ke mana - bank atau LPPSA. Pilih bank, dan nama bank tu tersimpan, supaya sebulan kemudian anda masih tahu siapa nak dikejar.
Kalau loan tak lulus atau buyer tarik diri, buka "Deal tak jadi?" dan batalkan. Timeline ditutup dan listing kembali ke Available. Kalau ejen Coalisting lain yang bawa buyer, dia boleh ikut kemajuan deal tu dari Timeline Case dia sendiri, tapi hanya anda yang boleh kemas kini.
Dikemas kini: 12 Oct 2026