Halaman Laporan anda
Kiraan ikut status, kawasan teratas, 30 hari terakhir — dan eksport katalog Meta.
Laporan di sidebar menjawab satu soalan: stok anda sekarang macam mana? Ia memecahkan listing anda ikut status (Available, Booked, Sold dan seterusnya), buat perkara sama untuk WTB anda, menyenaraikan lima negeri yang paling banyak anda pegang, dan mengira berapa listing serta WTB baharu dalam 30 hari lepas.
Angka-angka itu milik anda sahaja — ia dikira daripada listing yang anda cipta, bukan listing seluruh papan.
Halaman itu ada tab kedua: Meta Ads. Di situ anda muat turun katalog listing anda dalam bentuk yang Facebook Commerce Manager terima, untuk dinaikkan sebagai katalog iklan. Ini bahagian yang paling ramai ejen tak tahu wujud.
Dikemas kini: 28 Oct 2026