Panduan ringkas cara guna COAListing Board — dari post listing sampai cari kerjasama COA.
Kami sedang siapkan video step-by-step. Buat masa ini, untuk info lanjut atau soalan cepat, sertai grup WhatsApp kami — ejen lain dan admin sedia bantu.
Setiap ejen ada 3 profile berlainan — masing-masing untuk tujuan berbeza:
Profile awam anda di COAListing Board sendiri (coalisting.com/agent?u=...) — papar semua listing anda, review kerjasama COA dari ejen lain, dan cara ejen lain hubungi anda untuk co-broke. Ini profile "dalaman" untuk komuniti ejen.
Profile awam anda di FindHartanah.com — platform pencarian hartanah untuk orang awam/buyer (bukan ejen). Semua listing anda yang di-push ke FindHartanah akan dipautkan ke sini, supaya buyer boleh cari dan hubungi anda terus.
Website peribadi PERCUMA anda sendiri (coalisting.com/brand-site?u=...) — nampak macam website ejen professional yang berasingan, dengan search hartanah, kalkulator, dan borang Nak Jual/Nak Beli. Sesuai untuk share terus dengan client di WhatsApp/Instagram bio. Ada juga versi Premium (guna domain sendiri, contoh www.namaanda.com) jika nak upgrade.
Registration dibuka melalui invite/request access buat masa ini. Klik "Request Access" di footer atau homepage untuk mohon akaun.
Bila dah login, klik "+ Add Listing" di bahagian atas mana-mana page. Isi butiran hartanah — tajuk, harga, lokasi, gambar — pastikan lengkap supaya listing anda nampak profesional dan mudah dicari ejen lain.
Ada buyer atau penyewa yang tengah cari sesuatu tapi anda takde stock yang sesuai? Post permintaan di halaman WTB — ejen lain yang ada listing sepadan boleh hubungi anda terus.
Jumpa listing ejen lain yang sesuai dengan buyer anda? Klik "COA-Mark" pada listing tersebut untuk simpan sebagai rujukan dan mulakan kerjasama (co-broke) dengan ejen pemilik listing.
Jumpa ejen yang senang bekerjasama? Klik ★ "Simpan Ejen" pada profile dia untuk rujukan cepat kat Saved Agents. Anda juga boleh beri review kerjasama COA pada profile ejen tersebut — ini bantu komuniti kenal siapa yang boleh dipercayai.
Guna "Filter Lanjut" di halaman Listings untuk cari ikut State, Place, Category, Property Type, Price Range, Tenure, dan Land Title — senang nak tapis listing yang betul-betul sepadan dengan keperluan buyer anda.
Sertai grup WhatsApp komuniti ejen kami untuk soalan pantas, tips, dan peluang kerjasama:
📱 Join WhatsApp GroupMisi kami adalah untuk menjadikan COAListing Board platform co-agent property nombor 1 di Malaysia — tempat setiap ejen hartanah, tak kira agensi mana, boleh berkongsi listing, cari buyer, dan bekerjasama dengan yakin dan mudah.
Kami percaya kejayaan dalam industri hartanah bukan tentang bersaing sendirian, tapi tentang membina komuniti ejen yang saling membantu untuk close lebih banyak deal, bersama-sama.