Kemaskini terakhir: 15 Jul 2026
Dengan mendaftar atau menggunakan COA LIVE BOARD MALAYSIA ("Platform"), anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini. Sekiranya anda tidak bersetuju, sila hentikan penggunaan Platform ini.
Platform ini disediakan khusus untuk Ejen Hartanah Berdaftar (REN) dan individu yang berkaitan dengan industri hartanah di Malaysia. Owner akan menyemak setiap permohonan akses sebelum akaun diaktifkan.
Sebagai pengguna berdaftar, anda bersetuju untuk:
COA LIVE BOARD MALAYSIA adalah platform kolaborasi yang membolehkan ejen berkongsi listing. Kami tidak mengesahkan ketepatan setiap listing, harga, atau maklumat yang dimasukkan oleh ejen. Sebarang urusan jual-beli/sewa hartanah adalah tanggungjawab sepenuhnya pihak ejen dan pelanggan yang terlibat.
COA LIVE BOARD MALAYSIA disediakan "sebagaimana adanya" (as-is). Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, pertikaian, atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan Platform ini, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) urusan jual-beli hartanah antara ejen dan pelanggan.
Owner berhak menggantung atau menamatkan akaun mana-mana pengguna yang melanggar Terma Penggunaan ini, termasuk penyalahgunaan platform, penyiaran maklumat palsu, atau tingkah laku yang menjejaskan komuniti ejen lain.
Terma Penggunaan ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan platform. Penggunaan berterusan selepas sebarang perubahan bermakna anda bersetuju dengan terma yang dikemaskini.
Sebarang pertanyaan berkaitan Terma Penggunaan ini boleh dihubungi melalui WhatsApp.