Simpan listing ini ke board anda, market sama-sama, kongsi komisen.
Log masuk untuk COA-Mark Belum jadi ejen? DaftarPercuma untuk semua ejen REN/PEA.
Memuatkan...
Log masuk untuk muat turun gambar atau buka saluran Telegram. Terima kasih!
Log masuk untuk muat turun Belum jadi ejen? DaftarPercuma untuk semua ejen REN/PEA.
Listing ini tak lagi ditanda sebagai anda co-broke. Anda boleh tanda semula nanti.
Ejen ini simpan listing ni untuk diri sendiri. Butiran penuh masih boleh dilihat. Terima kasih!
Kemaskini terakhir: 09 Nov 2026
COAListing Board ("kami") menghormati privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi maklumat peribadi yang dikongsi oleh pengguna platform ini, termasuk ejen hartanah berdaftar dan pelawat yang mengisi borang di laman web kami atau website peribadi ejen.
Bergantung kepada cara anda menggunakan platform ini, kami mungkin mengumpul:
Maklumat yang dikumpul digunakan semata-mata untuk:
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
Maklumat yang anda isi melalui borang "Nak Jual?" atau "Nak Beli?" pada website peribadi seorang ejen akan dikongsi hanya dengan ejen tersebut, untuk tujuan menghubungi anda berkaitan keperluan hartanah anda.
Data disimpan dalam pangkalan data (database) yang selamat di server hosting kami. Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat anda daripada akses tanpa kebenaran.
Anda berhak memohon akses, pembetulan, atau pemadaman maklumat peribadi anda yang kami simpan, tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. Untuk membuat permohonan, sila hubungi kami melalui WhatsApp yang disediakan di laman ejen berkenaan, atau hubungi pentadbir platform.
Ejen boleh memilih untuk menyambung Facebook Page, akaun profesional Instagram yang dipautkan kepadanya, dan akaun Threads. Ini pilihan, dan dibuat melalui skrin log masuk Meta sendiri, di mana ejen memilih akaun dan kebenaran yang diberi. Kami menggunakan akses itu untuk dua perkara sahaja: (a) menerbitkan listing hartanah ejen itu sendiri ke akaun tersebut apabila ejen menambah listing atau menekan Repost; dan (b) memaparkan kepada ejen komen yang ditinggalkan orang di Facebook Page mereka supaya mereka boleh membalas atau menyoroknya dari platform ini, termasuk balasan automatik yang ejen boleh hidupkan dan tulis sendiri.
Apa yang kami simpan untuk akaun yang disambung: ID dan nama Page, ID dan username akaun Instagram dan Threads, token akses yang dikeluarkan Meta untuk akaun itu, kiraan post yang dibuat (untuk had harian), dan ID setiap komen yang dibalas secara automatik (supaya ia tidak dibalas dua kali). Komen itu sendiri, dan nama orang yang menulisnya, dibaca dari Facebook apabila ejen membuka halaman itu dan tidak disimpan oleh kami. Kami tidak membaca mesej peribadi, tidak menggunakan data ini untuk pengiklanan atau pemprofilan, dan tidak menjual atau berkongsinya dengan sesiapa.
Untuk membuang akaun yang disambung: log masuk, buka Auto-Post Saya, dan klik Putuskan di sebelah Facebook Page atau Threads. ID dan token akses yang disimpan untuk akaun itu dipadam serta-merta (memutuskan Facebook Page turut membuang akaun Instagram yang dipautkan). Anda juga boleh menarik balik akses dari pihak Meta pada bila-bila masa, di Facebook Settings > Business Integrations, atau Threads Settings > Account > Website permissions. Untuk memadam keseluruhan akaun anda dan semua maklumat yang kami simpan tentang anda, hantar permohonan melalui halaman Support selepas log masuk, atau melalui WhatsApp di bawah; kami memadamnya dalam masa 30 hari dan mengesahkan setelah selesai.
Platform ini menggunakan sesi (session) asas untuk membolehkan log masuk berfungsi. Kami tidak menggunakan cookies pengesanan pihak ketiga (third-party tracking) untuk tujuan pengiklanan.
Dasar Privasi ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Dasar Privasi ini, sila hubungi pentadbir platform melalui WhatsApp.